Produk Kecantikan & Kesihatan Di Samping Info-Info Berguna Serta Petua Untuk Panduan Bersama

 

NUTRILITE DOUBLE X (MultiVitamin)

Posted December 6, 2019 by Mrs Cantik in Produk Kesihatan

NUTRILITE DOUBLE X adalah satu-satunya suplemen dietari semua dalam satu yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral, dan 17 pekatan tumbuhan kaya fitonutrien. DOUBLE X menguatkan pertahanan semula jadi tubuh anda, mengekalkan kesihatan anda lebih lama dan memberikan anda tenaga supaya anda boleh melakukan banyak perkara dalam satu hari.

NUTRILITE DOUBLE X Multivitamin/Multimineral/Pekatan mengandungi yang terbaik dari alam dan sains. Adunan unik ini terdiri daripada 12 vitamin, 9 mineral, dan menampilkan 17 pekatan tumbuhan untuk perlindungan antioksidan dan manfaat kesihatan yang lebih luas. DOUBLE X memberikan anda vitamin-vitamin yang penting, vitamin yang anda mungkin kehilangan selama ini.

*****
Pada teras DOUBLE X, produk kemegahan NUTRILITE, terletaknya kuasa fitonutrien kami yang hebat. Diekstrak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran dari ladang kami sendiri yang disahkan organik, DOUBLE X bertindak dengan membuka simpanan semula jadi tubuh anda, di samping memberikan anda perlindungan antioksidan yang luas. Sebarang unsur dalam tubuh anda yang hilang, ia boleh dibekalkan oleh DOUBLE X, yang menjamin asas kesihatan yang kukuh untuk membantu anda mencapai kesihatan optimim secara semula jadi.

Ciri-ciri
Membekalkan 12 vitamin penting, 9 mineral, dan 17 fitonutrien daripada tumbuhan yang berbeza untuk nilai pemakanan yang optimum.
Tablet mudah ditelan.
Pembungkusan vakum memastikan kualiti dan integriti produk serta mudah menggunakannya.
Tiada pewarna tiruan, perisa atau bahan pengawet. DOUBLE X terutamanya sesuai untuk mereka yang ingin mengelakkan bahan tambah sintetik.

Manfaat
Memberikan anda tenaga supaya anda boleh melakukan banyak perkara lagi dalam sehari dengan membekalkan jumlah optimum vitamin, mineral dan fitonutrien ke dalam diet anda.
Memberikan asas kukuh bagi mana-mana program suplemen, membantu tubuh menyerap nutrien luaran.
Membantu respons semula jadi tubuh anda untuk mengelakkan kerosakan sel agar anda sihat lebih lama dan mendapat lebih banyak manfaat dari setiap peringkat kehidupan.

berminat? boleh terus >> KLIK SINI <<


About the Author

Mrs Cantik


error: Content is protected !!